Dipersilakan kepada pengabdian untuk
MENYERAHKAN DIRI DENGAN SEPENUHNYA
KEPADA ALLAH (ISLAM)

Sumber terbaik untuk mencari kebenaran (ISLAM) diInternet



Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Apendik 9

Ibrahim:
Rasul Islam Yang Asal

Satu dari mitos yang tersebar luas ialah, bahwa Muhammad adalah pengasas Islam. Walaupun Islam, Penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah Sahaja, hanyalah agama yang telah disahkan oleh Allah sejak masa Adam lagi (3:19, 85), Ibrahim telah diberitakan didalam Quran sebagai orang yang pertama menggunakan perkataan  “Islam” (Penyerahan diri kepada Allah dengan Sepenuhnya) dan dia yang emanggil kita “Muslim”, dan Penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah Sahaja (Islam - 22:78).

Ibrahim telah memberikan contoh penyerahan dirinya beserta penuh keta’atan yang tidak berbelah bagi dengan merelakan pengurbanan seorang anak lelakinya Ismail berhubung dengan mimpinya yang terkenal itu, apabila dia BERFIKIR yang sesungguhnya itu adalah perintah dari Allah. Sebaliknya, perintah yang sedemikian itu datangnya dari Syaitan. 

 

Allah Tidak Pernah Memerintahkan Ibrahim Mengurbankan Anaknya.

Allah yang Maha Penyayang. Dia tidak pernah melanggar undang undangNya sendiri (7:28). Sesiapa saja yang percaya bahwa yang Maha Penyayang memerintahkan Ibrahim supaya membunuh anaknya tentunya tidak akan dapat menikmati Syurga Allah. Kerana menyatakan kekufuran terhadap Allah. Tidak ada didalam Quran dapat kita lihat yang Allah memerintahkan Ibrahim supaya membunuh anaknya. Sebaliknya, Allah menghalang dengan menyelamatkan Ibrahim dan Ismail dari rancangan Syaitan (37:107), dan Dia berkata kepada Ibrahim: “Kau telah mempercayai mimpi” (37:105). Tidak dapat diragukan lagi, bahwa mimpinya itu adalah dari inspirasi Syaitan. Undang undang Allah yang tidak boleh dibatalkan adalah: “Allah tidak pernah menyokong perbuatan dosa” (7:28). 

 

Millat Ibrahim

Islam dipanggil “Millat Ibrahim” (Agama Ibrahim) diseluruh Quran (2:130, 135; 3:95; 4:125; 6:161; 12:37-38; 16:123; 21:73; 22:78). Tambahan pula, Quran menegaskan kepada kita bahwa Muhammad adalah pengikut Ibrahim (16:123).

 

Tidak disedari fakta sebenarnya ialah Ibrahim adalah rasul Islam yang asal, kebanyakan orang orang Islam mencabar Allah: “Jika Quran itu sempurna dan terperinci (sebagaimana yang didakwa oleh Allah), dimanakah dapat kita lihat nombor nombor raka’at didalam setiap sembahyang (Salat)?” Kami pelajari dari Quran yang semua rukun Islam (Penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah Sahaja) telah dimantapkan dan diamalkan sebelum revelasi Quran diturunkan lagi (8:35, 9:54, 16:123, 21:73, 22:27 28:27). Ayat 16:123 adalah bukti yang nyata bahwa semua rukun Islam telah sempurna semasa Muhammad baru lahir lagi. Muhammad telah disuruh supaya “mengikut agama Ibrahim.” Jika aku menyuruh kau membeli TV berwarna, tentunya aku tahu yang kau itu kenal apakah itu tv berwarna. Begitu juga dengan Muhammad apabila Allah memerintahkannya supaya mengikut agama Ibrahim (16:123), sudah tentu pada masa itu rukun rukun agama melalui Ibrahim sudah dikenal pasti.

 

Bukti yang lain bagi pemeliharaan rukun rukun Islam yang telah diberikan kepada Ibrahim adalah dari “Penerimaan Universal” bagi amalan yang sedemikian. Tidak ada penyelewengan mengenai nombor Raka’at didalam sembahyang lima waktu sehari. Ini telah membuktikan pemeliharaan Salat yang telah diamalkan oleh pegikutnya melalui amalan yang sudah

termaktup dan tidak ada perselisehan mengenainya. Quran kod matematika mengesahkan nombor bagi Raka’at didalam sembahyang lima waktu 2,4,4,3, dan 4 bagi setiap masing masing. Nombor 24434 adalah dibahagikan dengan 19.

 

Quran hanya berurusan dengan amalan yang telah diputarbelitkan. Contohnya, penyelewengan tentang mengambil wudu’ (air sembahyang) 5:6 asalnya 4 peringkat. Nada suara semasa mengerjakan sembahnyang (Salat) telah diputarbelitkan – kebanyakan muslim bersembahyang dalam keadaan senyap. Ini telah dibetulkan oleh Quran, 17:110. Puasa dibulan Ramadan telah

diubah suaikan didalam Quran untuk membenarkan perhubungan sek dimalam hari pada bulan puasa (2:187). Zakat telah dikembalikan kepada amalan  asalnya 6:141, dan Haji telah dibetulkan kepada 4 bulan dari satu bulan sebagaimana yang telah diamalkan oleh setiap orang orang Islam yang mempercayai hanya dibulan Haji saja. (lihat Apendik 15).


info@submission.org

SUBMISSION.ORG

 



Copyright © Submission.org