PENDAHULUAN

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

 

Ini adalah mesej Allah yang terakhir kepada manusia. Kesemua para nabi Allah telah datang

kedunia ini, dan semua kitab kitab telah disampaikan. Masanya telah tiba untuk menyucikan,

mengumumkan dan menyatukan kesemua mesej mesej yang diturunkan oleh Allah kepada

para nabiNya untuk dijadikan kepada satu mesej, dan mengumumkan sesungguhnya hanya

satu agama saja yang diterima oleh Allah, “Penyerahan diri kepada Allah Sahaja” (Islam)

 (3:19, 85).“Penyerahan diri kepada Allah Sahaja” (Islam) agama sebenarnya yang dapat

meyakinkan kita bahwasanya Allah SAHAJA yang mempunyai segala kekuasaan;

tidak ada entiti yang mempunyai sebarang kuasa sebebas Allah. Kesedaran sedemikian

yang biasanya menyentuh kehidupan kita adalah demi untuk mengabdikan diri kita sebenar

benarnya kepada Allah SAHAJA. Ini adalah perintah yang pertama didalam semua kitab

kitab, termasuk Old Testament, The New Testament, dan Kitab Terakhir (Quran).

 

 

Dengarkan, Wahai bani Israil! Tuhan kita adalah Tuhan yang Satu!

Dari itu kamu mestilah memuja Allah, Tuhan kamu

dengan sepenuh hati kamu,

dengan sepenuh jiwa kamu,

dengan sepenuh minda kamu,

dan dengan sepenuh kekuatan kamu.      [Deuteronomy 6:4-5, Luke 12:29-30, Quran 3:181

 

Marilah kita bertaffakur kepada Tuhan, kegemilangan sifat sifatNya

yang adanya asas bagi sekelian dialam semesta ini sebagai Penciptanya,

yang layak disembah yang Maha Wujud, yang Maha Berkuasa, yang Maha Mengetahui

dan yang wujud dengan sendirinya dan yang sedar,

yang menghilangkan semua kejahilan dan ketidak sucian dari minda

dan menyucikan dan menajamkan kecerdasan kita.          [Gayatri Mantra, Yajur Veda] 

 

Sementara setiap agama telah dikorupkan dengan innovasi innovasi, tradisi dan doktrin yang

palsu, mungkin ada juga orang orang yang “Menyerah diri sepenuhnya kepada Allah” disetiap

agama. Mereka itu mungkin orang orang (yang menyerahkan diri kepada Allah sepenuhnya),

dari kalangan Kristian, Yahudi, Muslim, Hindu, Buddist, ataupun lainnya, yang telah diberikan

penekanannya pada thema dimuka depan buku ini. Semua manusia yang menyerahkan diri

kepada Allah SAHAJA, yang tidak mengada adakan pujaan pujaan disamping Allah, maka

Allah menebus dosa dosa mereka dan akan berkekalan disampingNya (2:62). Kriteria bagi

orang orang yang menyerahkan diri mereka kepada Allah SAHAJA adalah mereka itu tidak

akan menentang apa yang ada didalam Quran.  

 

Merujuk kepada Testament ini, mesej Allah kepada dunia dimasa ini telah pun sempurna.

kita sekarang telah menerima jawaban yang lama telah kita tunggu tunggukan bagi soalan

soalan yang sangat penting -  siapakah kita, tujuan kehidupan kita, bagaimanakah dapat kita

datang kedunia ini, dimanakah akan kita pergi dari sini, agama mana satukah yang benar,

adakah ianya evolusi ataupun ciptaan, dll.

 

Ada yang befikir, “Kenapa Allah menunggu sehingga sa’at ini untuk menyatukan mesejNya?

Bagaimana pula manusia yang mulanya dari Adam tidak menerima kitab yang sempurna?”

Patut diingatkan yang Quran telah pun menjawab soalan ini 20:52, dimana ini tidak sampai

kepada 7,000,000,000. Dari sekarang hinggakan akhirnya dunia,2280 AD. (Appendik 25)

ianya telah dijangkakan total bilangan penduduk akan berlebihan kepada 75,000,000,000.

Lantas, bilangan majoriti manusia akan ditakdirkan menerima mesej yang suci ini dan

yang telah disatukan oleh Allah (lihat gambar rajah)

 

 

 

 

 

Bilangan penduduk dunia dari sekarang (1990) hingga akhirnya dunia (2280)

                    [Bahagian hitam menunjukkan bilangan penduduk semenjak Adam]

 

Sebelum Genesis

 

Ia semuanya berlaku berbilion tahun dahulu apabila sekumpulan makhluk Allah yang berpangkat

tinggi Syaitan, telah menimbulkan keangkuhan idea yang dianya dapat menguasai dominion ini

dengan bebasnya disamping Allah. Dakwaan ini adalah untuk mencabar kekuasaan Allah bukan

saja satu kekufuran, bahkan ianya juga adalah rancangan yang amat jahat. Syaitan sangatlah jahil

tentang fakta yang sebenarnya bahwa Allah Sahaja yang mempunyai keupayahan untuk menjadi

tuhan, dengan mempercayai yang dia boleh menguasai dominion ini sebagai tuhan, mempunyai

kefahaman yang dia mampu untuk mengawalnya dari penyakit, penderitaan, peperangan,

kemalangan dan huru hara. Golongan majoriti dari makhluk Allah tidak setuju dengan Syaitan.

Namun golongan minoriti dari kalangan egotis yang bersetuju dengannya adalah dari beberapa

peringkat yang menjadikan mereka berbilion. Lantas, persengketaan yang nyata berlaku

diMasharakat Atasan (38:69). Penentangan yang tidak dapat dijustifikasikan telah mencabar

autoriti Allah yang sebenar, kemudiannya diselesaikan dengan cara yang terbaik. Setelah

memberikan para penentang itu peluang yang cukup untuk meninggalkan jenayah mereka dan menyerahkan diri diri mereka kepadaNya, Allah bercadang untuk menghantarkan para penentang

yang ingkar itu kekapal space ini yang dinamakan Bumi, untuk memberikan mereka peluang

sekali lagi supaya dapat mereka menebuskan dosa dosa mereka. 

 

Jika kamu mendakwa yang kamu boleh menerbangkan kapal terbang, cara yang terbaik untuk

menduga kebolehan kamu adalah dengan memberikan sebuah kapal terbang supaya kamu

menerbangkannya. Inilah sebenarnya apa yang Allah bercadang untuk merespons kepada

dakwaan Syaitan yang dia boleh menjadi tuhan; Allah telah melantiknya sebagai tuhan sementara

diatas setitik Bumi ini (2:30, 36:60). Bagi sesiapa yang bersetuju dengan Syaitan, mereka telah

diberikan peluang sekali lagi supaya membunuh ego mereka dan menyerahkan diri diri mereka

kepada autoriti Allah yang sebenarnya. Sementara golongan majoriti dari manusia mengambil

kesempatan akan peluang ini, yang menakjubkan adalah sebahagian kecil dari makhluk yang

berjumlah lebih kurang 150 bilion telah gagal untuk mengambil kesempatan berkenaan

tawaran ini (33:72).

 

   Bahagian putih menunjukkan golongan majoriti yang tidak setuju dengan Syaitan    

 

Bahagian kelabu menunjukkan golongan majoriti yang menyerah kepada Allah

 

Persengketaan diMasharakat Atasan telah menjadikan klasifikasi bagi makhluk Allah kepada

katigori yang berlainan:

 

(1)   Para Malaikat

 

Makluk yang tidak pernah menyoal kekuasan Allah telah diklasifikasikan sebagai para

malaikat; mereka tahu Allah Sahaja yang mempunyai kuasa dan qualiti untuk menjadi

tuhan. Golongan majoriti dari makhluk Allah -  tidak terkira bilangannya – didalam

kategori ini. Bilangan bagi para malaikat tidak terhingga banyaknya, sedangkan malaikat

itu sendiri tidak tahu berapa banyakkah bilangan mereka; hanya Allah sahaja yang tahu

bilangan mereka (74:31).

   

(2)   Binatang Binatang

 

Walaupun para malaikat mencadangkan yang para penentang dan ketua ketua mereka sepatut

-nya dikeluarkan dari kerajaan Allah (2:30), dengan kehendak yang Maha Penyayang untuk

memberikan para penentang itu peluang supaya meninggalkan jenayah mereka, bertaubat dan

menyerah kepada autoritiNya dengan sepenuhnya (33:72). Sebagaimana yang ditunjukkan

digambar rajah diatas, golongan majoriti yang besar para penentang telah mengambil kesempatan

dari tawaran belas dari Allah untuk berada semula dikerajaan Allah. Mereka bersetuju untuk

membunuh ego mereka, datang kedunia ini untuk melakukan amalan suci dengan menyerahkan

diri diri mereka sepenuhnya kepada Allah, makhluk ini telah diterima kembali kedalam kerajaan

Allah yang berkekalan (6:38). Kuda, anjing, pokok, matahari, bulan, bintang bintang, begitu juga

dengan anak anak yang cacat adalah diantara makhluk makhluk yang mempunyai kecerdasan

yang telah meninggalkan jenayah mereka dan bertaubat:

 

18.     Tidakkah kamu sedar kepada Allah sahajalah sujud setiap satu yang disekelian cekrawala dan

bumi, matahari dan bulan, bintang bintang, gunung gunung, pokok pokok, binatang binatang

dan kebanyakan manusia? Banyak lagi dari kalangan manusia yang akan dikomitkan kepada

kebinasaan. Sesiapa saja yang telah diaibkan oleh Allah, tidak ada sesiapa pun dapat

       memuliakannya. Kesemuanya itu menurut kehendak Allah. [22:18].

 

6.        Bintang bintang dan pokok pokok tunduk sujud. [55:6].

 

Kuda tidak mempunyai ego. Tuan kuda itu boleh jadi kaya ataupun miskin, tinggi ataupun

pendek, gemuk ataupun kurus, muda ataupun tua, dan kuda akan sentiasa mengabdikan

dirinya kepada tuannya. Anjing juga tidak mempunyai ego; ianya akan menggoyangkan

ekornya kepada tuannya biarpun tuannya itu kaya ataupun miskin. Matahari menyinar setiap

hari pada waktu yang tepat sebagaimana yang telah diaturkan oleh Allah. Bulan berjalan

selaras melalui orbitnya dengan mengililingi bumi, tidak sedikitpun keingkaran. Tubuh manusia - 

pakaian sementara – adalah kepunyaan Bumi; yang sedemikian itu telah menyerahkan dirinya

kepada Allah. Hati, peparu, ginjal ginjal dan organ organ yang lain, menjalankan tugas mereka,

berfungsi dengan tidak dikuasai oleh kita.

 

(3)   Manusia

 

Penentang yang paling jahat – manusia dan para jin – enggan meninggalkan jenayah mereka,

dan memilih untuk bersaksikan dakwaan Syaitan. Makhluk yang bersifat egoistik ini telah

gagal untuk menyerahkan diri diri mereka dengan sepenuhnya kepada autoriti Allah, walaupun

telah diberikan peluang untuk menerimanya -  telah menjadi manusia yang diklasifikasikan.

Walaupun mereka itu mencurigai dakwaan Syaitan, tetapi mereka telah gagal untuk membuat

keputusan yang tegas berkenaan autoriti Allah yang sebenarnya. Ini adalah kerana ego mereka

yang telah menahan mereka dari mensyukuri kekuasaan Allah yang telah ditawarkan kepada

mereka (33:72), dan juga ego yang berdiri diantara kita itulah yang menghalang kita dari

menempatkan diri diri kita kedalam kerajaan Allah (25:43). Inilah sebabnya kenapa “Bunuhlah

ego kamu” adalah satu dari perintah yang utama didalam Quran (2:54).

 

  

(4) Para Jin

 

Separuh dari makhluk yang bersalah, adalah mereka yang bersandar kepada pendapat Syaitan

dan yang menunjukkan ego yang terbesar, telah diklasifikasikan sebagai para jin. Adalah

rancangan Allah untuk memberikan seorang jin sebagai teman kepada setiap kelahiran manusia

hinggalah sampai kepada kematian mereka. Teman jin mereka merupakan syaitan yang sentiasa membisikkan pendapatnya (50:23, 27). Para jin dan manusia telah diberikan masa yang tidak

ternilai untuk mendidik mereka semula, meninggalkan egoistik mereka, dan menebuskan dosa

dosa mereka dengan menyerahkan diri diri mereka kepada autoriti Allah dengan sepenuhnya.

Apabila saja manusia dilahirkan, jin juga akan dilahirkan dan ditugaskan kepada manusia yang

baru lahir. Kami pelajari dari Quran yang jin adalah keturunan syaitan (7:27, 18:50). Apabila

jin telah dilahirkan, maka dianya akan ditugaskan untuk kekal bersama sama manusia sehinggalah

manusia itu mati. Barulah jin itu bebas, dan akan berterusan hidup hingga kebeberapa centeri.

Kedua dua manusia dan para jin telah perintahkan supaya menyembah Allah Sahaja (51:56). 

 

Allah Tidak Berkehendakkan Robot Robot

 

Persengketaan diMasharakat Atasan sebagaimana yang telah dinyatakan 38:69 dan yang telah

diberikan contohnya diatas bahwa makhluk Allah telah diberikan hak kebebasan untuk memilih;

mereka mempunyai minda minda mereka sendiri. Penentang bagi minoriti yang terkecil sekali

dari makhluk Allah telah diberikan kesempatan untuk menyaksikan bahwasanya fakta yang hebat

sekali ialah makhluk Allah yang mengabdikan diri diri mereka kepadaNya rela melakukannya

oleh kerana mereka itu sangat mensyukuri keindahanNya yang tidak terbatas. Dengan tidak

adanya penentang, kita tidak akan dapat mengetahui yang kebebasan adalah anugerah Allah

kepada makhlukNya.

 

Yang Maha Pengasih, Yang Maha Penyayang

 

Sedangkan dimensi keduniaan, sebarang syarikat mengharapkan pekerjanya menta’ati

dan menumpukan kesetian kepada syarikatnya. Jika pekerja itu tidak sungguh sungguh

mendedikasikan dirinya kepada syarikatnya, ataupun menunjukkan keta’atan yang berbelah

bagi, dia akan dibuangkan kerja dengan serta merta. Bila saja manusia dan para jin

menyebelahi Syaitan, dan mengingkari tawaran Allah untuk meninggalkan penentangan

mereka, para malaikat mengharapkan supaya Syaitan dan sekutu sekutunya diusir keluar

dari kerajaan Allah (2:30). Dari belas kasih Allah yang teramat sangat lalu Dia telah

memberikan kita peluang tambahan ini untuk meninggalkan jenayah yang kita telah

lakukan dan kembali kepadaNya untuk membersihkan diri diri kita segala dosa.

 

Untuk menjalani rancangan pengampunan ini Allah “menciptakan mati” (67:1-2). Rancangan

ini adalah untuk membawa para penentang kepada kewujudan yang lain, dimana mereka

tidak akan mengingati persengketaan atasan. Keadaan dikehidupan ini, manusia dan para

jin menerima kedua dua mesej dari Allah dan Syaitan, dan telah diberikan kebebasan untuk

memilih diantara keduanya. Dengan cadangan yang sedemikian, mereka bebas untuk

mengikuti kejalan Allah ataupun bersama sama Syaitan buat selama lamanya.

  

Penguasaan Syaitan Yang Sementara

 

Untuk menegaskan ucapan Syaitan yang telah memprojekkan kekuasaan yang tidak

bermakna itu, Allah telah menciptakan bilion galaksi, bilion trilion bintang bintang,

didalam cekrawala yang jangkau luasnya bilion tahun cahaya. Jika kita pengembara

menuju matahari (93.000,000 batu) dengan jarak kelajuan cahaya, kita akan sampai

selama lapan minit. Jika kita teruskan perjalanan, kita akan sampai dipinggir bimasakti

selepas 50-70,000 tahun pada kelajuan cahaya. Untuk sampai kegalaksi yang terdekat,

ianya mengambil masa 2,000,000 pada kelajuan cahaya. Lebih kurang 2,000,000,000

galaksi “dialam alam semesta kita.” Melalui teleskop yang paling kuat, bumi ini betul

betul tidak kelihatan dari penghujung galaksi kita, ianya dibiarkan sendiri dipenghujung

galaksi kita .Tetapi galaksi kita ini tidaklah cukup luas, maka Allah telah menciptakan

enam lagi, biarpun galaksi yang lebih besar mengililingi alam semesta kita (2:29, 67:3).

Kemudian Allah memberitahukan Syaitan setitik Bumi yang terkecil dan terdalam

sekali dialam semesta ini, telah diberikan kuasanya kepada (Syaitan). Allah bercadang

dengan meletakkan para jin dan manusia didalam alam semesta ini oleh kerana kesemua

makhluk tidak akan dapat tahan kewujudan Allah (7:143). Lantas, Syaitan menguasai

kerajaan yang sengkat ini jauh dari fizikal kewujudan Allah, tetapi ilmu PengetahuanNya

dan kekuasaanNya yang penuh itu, menyebabkan bumi ini tidak terhindar dari perhatianNya.

Perlu diingatkan bilangan besar dari para penentang tidak akan dapat menetap diplanet ini,

oleh kerana, kebanyakan dari makhluk binatang binatang yang melebihi manusia telah berada

diplanet ini. Bumi ini tidak dapat menampung semua para penentang yang telah bertaubat.

Oleh yang demikian tempat bagi bilangan yang tidak terkira ini – decilion makluk Allah telah

ditempatkan dispace luaran.

 

Adam dan Hawa

 

Tubuh bagi manusia yan pertama telah dibentukkan dibumi bagi para malaikat Allah,

dengan mengikuti arahan Allah (7:11). Lalu Allah meletakkan manusia pertama kedalam

tubuh itu – Adam. Apabila Allah memberitahukan para malaikat yang mereka akan

berkhidmat kepada manusia disepanjang masa masa percubaan – membimbing mereka,

menghantarkan angin angin, membahagikan hujan juga peruntukkan peruntukkan, dll –

Syaitan sahajalah yang enggan “jatuh sujud” (2:34, 15:31, 38:74). Pasangan Adam adalah

dari hasil perklonan. Dengan membentukannya sebagai feminin daripada Adam sendiri,

dan Allah meletakkan manusia kedua kedalam tubuhnya. Sementara tubuh tubuh yang

kosong (tidak bernyawa) bagi Adam dan Hawa ditempatkan dibumi ini, orang yang

sebenar tinggal diSyurga. Adam dan Hawa tinggal diSyurga sepanjang masa selagi mereka

mendukung perintah Allah. Apabila saja mereka menurut perintah Syaitan, mereka telah

menunjukkan kelemahan manusia yang ada pada diri kita semua, dan dengan serta merta

mereka dibawah kekuasaan Syaitan yang berada dibumi ini – “tubuh tubuh mereka telah

dilihatkan kepada mereka berdua” (7:20, 20:121). Seterusnya adalah sejarah.

 

Syaitan: Bapa Bagi Segala Jin

 

Para jin dan manusia dijadikan percubaan untuk menentukan yang Syaitan mesti membiak.

Apabila manusia dilahirkan. Sebagaimana yang telah disebutkan diatas, bila saja manusia

dilahirkan jin pun akan dilahirkan juga untuk menjadi teman rapat kepada manusia itu sendiri.

Setiap manusia telah dikuasai kepada pujukan yang berterusan dari wakil syaitan yang tinggal

didalam tubuh yang sama dari lahir hingga kemati. Wakitl syaitan cuba meletakkan pendapat

-nya bahwa Tuhan sahaja tidak mencukupi. DiHari Pengadilan kelak wakil Syaitan akan

menjadi saksi terhadap manusia yang didudukinya (43”38:, 50:23,27). Banyak juga wakil

 

wakil jin yang bersama dengan teman manusianya telah menerima petunjuk Allah melalui

teman mereka.

 

Allah tidak pernah meninggalkan manusia tanpa persediaan. Untuk menolong manusia

dari peluang terakhir ini supaya meninggalkan kekufuran mereka, setiap manusia telah

dilahirkan dengan naluri menyembah Allah SAHAJA., tidak lain, bahkan hanya Dia

sahaja Tuhan dan Tuan (7:172-173). Para jin tidak diberikan ilmu serupa ini, tetapi

mereka telah diberikan umur yang panjang dan kebolehan yang besar untuk mempelajari

tanda tanda Allah melalui alam semesta yang terdalam ini. Semenjak mereka mewakili

pendapat Syaitan, naluri mereka kuat sekali bersandar kepada menyebelahi politeisme,

melebihi naluri kita yang hanya menyembah Allah Sahaja, Allah telah menghantarkan

para rasul untuk menebus dosa dosa kita. Memandangkan unsur unsur yang bertentangan

ini, kita tentu sekali merasa bersyukur bahwa fakta yang sebenarnya kesalahan yang tidak

terampun (jika diamalkan sehingga mati) adalah pemujaan: mempercayai sesiapa saja

disamping Allah yang mempunyai sebarang kuasa.

 

Empat Puluh Tahun Masa Yang Matang

 

Manusia telah diberikan empat puluh tahun untuk menuntut ilmu, renungkan, dan periksa

semua pendapat sebelum mengambil keputusan yang amat penting ini – untuk mendukung

pandangan Syaitan, ataupun autoriti Allah yang sepenuhnya. Sesiapa yang mati sebelum

empat puluh tahun telah mendapat pengampunan dari Allah dan ditempatkan diSyurga

dengan sebab sesuatu keadaan hanya diketahui oleh Allah sahaja (46:15, Appendik 32).

Kadang kala Belas Kasih Allah yang amat sangat ini membuatkan walau orang orang yang

percaya dengan Quran sekalipun menghadapi kesukaran untuk menerima keputusan

yang sedemikian.

 

Rasul Allah telah membawa berita berita yang baik tentang anugerah Allah bagi peluang

untuk menebus diri kita, dan ianya telah disokong oleh tanda tanda yang nyata. Apabila Musa

bertemu Fir’aun dia telah diberikan tongkat yang bertukar menjadi ular sebagai mukjizat. Isa

mencipta burung hidup dari tanah liat dengan izin Allah, pulihkan penyakit lipesi dan buta

dengan izinNya, dan menghidupkan orang yang sudah mati dengan izinnya. Nabi Muhammad,

rasul Allah yang menerima Kitab yang Terakhir (Quran), tidak menunjukkan sebarang mukjizat

(10:20). Quran sendiri adalah mukjizat untuk menyokong misi Muhammad (29:50-51). Adalah

hikmah (kebijaksanaan) yang mulia kerana memisahkan Mukjizat Quran dari Muhammad

selama 14 centeri. Sekarang barulah kita faham betapa pentingnya dimensi bagi mukjizat

matematika yang didalam Quran (Appendik 1), kami menyedari berjuta juta manusia akan

memuja Muhammad sebagai Tuhan jelmaan sekiranya Mukjizat ini diberikan kepadanya. 

 

Bukti Ketulenan:

Fizikal, Ketara, Yang Tidak Boleh Dinafikan

 

Dengan bangkitnya zaman komputer, kami telah menemui Quran kod matematika

sebagai “Satu dari mukjizat yang besar” sebagaimana yang telah dinyatakan diayat

74:30-35. Sementara mukjizat yang diberikan kepada para rasul terdahulu adalah

terbatas mengikut masa dan tempat, tetapi mukjizat Quran ini adalah untuk selama

lamanya. Hanya segelintir manusia saja yang menyaksikan mukjizat dari Musa dan

Isa, tetapi mukjizat Quran dapat disaksikan oleh semua manusia disebarang waktu.

Tambahan pula, mukjizat Quran ini didokumentasikan dan dapat membuktikan

kesemua mukjizat mukjizat yang telah lalu (5:48).

 

Penjelasan diAppendik 1, menunjukkan bahwa mukjizat bagi matematika Quran ini adalah

berasaskan dari nombor “19.” Untuk berkongsi bersama pembaca tentang mukjizat yang

mengkagumkan ini, perkataan “Allah” telah dituliskan sepanjang buku tek English dalam

huruf tebal dan nombor nombor kumulatifnya yang tepat telah dipaparkan pada bahagian kiri

dibawah setiap halaman buku ini.Total yang tepat bagi kegenapan perkataan yang penting

ini telah ditunjukkan dimuka surat yang terakhir berjumlah 2698. Total ini boleh dibahagikan

dengan 19. Begitu juga jika kita letakkan setiap ayat dimana perkataan “Allah” ditulistkan,

totalnya menjadi118123, juga boleh dibahagikan dengan 19 (19 x 6217). Jumlah kumulatif

bagi nombor nombor ayat dimana perkataan “Allah” dituliskan telah ditunjukkan disebelah

bawah kanan setiap muka surat. Fakta fizikal yang mudah ini adalah senang dikenali

oleh pembaca, dan cukup untuk membuktikan kebijaksanaan semula jadi manusia

bagi komposisi matematika Quran.

 

Total perkataan “Allah yang dikira                                 Total perkiraan bagi nombor nombor

(tercatet dibawah kiri setiap muka surat)                         ayat (tercatet dibawah hujung kanan)     

                2698 (19 x 142).                                                                 118123 (19 x 6217).

 

 

Bukti Ketulenan Mesti Di-Kaji Semula Oleh Pembaca

 

Penambahan untuk komposisi matematika Quran yang luar biasa ini, kita telah dapati fakta yang

besar bagi bukti ataupun teori berkenaan modern sains didalam Quran.

Disini ada beberapa contoh bagi sains yang terkemuka untuk maklumat seterusnya:

1.        Bumi adalah berbentuk telor (39:5, 79:30).

2.        Bumi tidak tetap; ianya sentiasa bergerak (27:88).

3.        Matahari adalah sumber cahaya, sementara bulan memantulkan cahayanya (10:5, 25:61, 71:16).

4.        Bahagian besar oksigen menghilang apabila kita memanjat menuju kelangit (6:125).

5.        “Teori Letupan Besar” telah disahkan (21:30).

6.        “Teori Keluasan bagi Alam Semesta telah disahkan (51:47).

7.        Alam Semesta telah dimulakan sebagai kepulan bergas (41:11).

8.        Evolusi adalah satu fakta;  telah diberi didalam spesies, evolusi adalah proses bimbingan

yang teratur (21:30, 24:45, 32:7-9, 18:37, 15:28-29, 7:11, 71:13-14, Appendik 31).

9.        Air mani lelaki menentukan gender bayi (53:45-46).

 

Kata Kata Yang Tidak Bermakna

 

Quran tidak mempunyai sebarang kekarutan. Ianya adalah sangat bermakna untuk menupaskan

kuasa kuasa kejahilan dan kekarutan dizamam revelasi Quran ini. Sebagai contoh, tuntutan yang

sangat dihormati diantara tradisi Muslim Ibn Kathir, Coretan yang sangat popular beberapa

centeri selepas Nabi, kita telah baca yang bumi ini dipikul oleh kerbau yang terbesar dengan

mempunyai 40,000 tanduk dikepalanya, yang berdiri diatas ikan paus yang terbesar

(tafsiran bagi ayat 68:1). Pada tahun 1975, locasi yang sama dimana Quran telah diturunkan,

presiden bagi

Islamic University of Medina, Saudi Arabia, Sheikh abdul Aziz Ben Baz, mengumumkan

yang bumi ini rata dan berdiri tetap:

 

Penterjemahan dari buku Ben Baz , halaman 23: “Jika bumi ini bertukar sebagaimana yang

mereka mendakwakan, negeri negeri, gunung gunung, pokok pokok, sungai sungai, dan

samudera, samudera tidak akan mempunyai bawahan dan manusia akan melihat negeri negeri

timur bertukar kebarat dan negeri negeri barat bertukar ketimur.”

 

 

Kebahagiaan Yang Sempurna:

Sekarang dan Selama Lamanya.

 

Salah satu objektif yang sukar bagi setiap manusia adalah “Kebahagiaan.” Quran telah

menerangkan rahsia untuk mendapatkan kebahagiaan yang sempurna dikehidupan ini

dan diAkhirat. Kita telah pelajari didalam Quran bahwa kebahagiaan adalah  kualiti

eksklusif bagi jiwa kita. Lantas tubuh yang berjaya mendapatkan semua kebendaan yang

diinginkan – wang, kuasa, kemasyhuran dll. – selalunya dipunyai oleh orang yang tidak

menikmati kebahagiaan. Kebahagian terletak sepenuhnya dijiwa, orang orang yang benar.

Quran memberikan penjelasan aturan untuk menuju kepada kebahagiaan yang sempurna

bagi keduanya tubuh dan jiwa, keduanya didunia ini dan diAkhirat (Appendik 15).

 

Didalam kebanyakan ayat ayat melalui kitab yang terbukti ini (Quran) Allah sendiri

memberi jaminan kepada orang orang yang percaya, sekarang dan selama lamanya:

 

 

25.     Tentu sekali, pihak yang berikatan dengan Allah tidak ada apa yang mesti ditakutkan, dan

tidak juga mereka mesti bersedih.

 

26.     Mereka adalah orang orang yang percaya dan menjalani kehidupan yang benar.

 

27.     Untuk mereka, kegembiraan dan kebahagiaan didunia ini, dan juga diAkhirat. Inilah perintah

Allah yang tidak pernah berubah. Demikian itulah kemenangan yang terbesar. [10:62-64]

 

Semua Yang Percaya

Membentuk Satu Agama Yang Dapat Di-Terima

 

Diharapkan dari mesej akhir dari Pencipta, satu dari thema yang terpenting adalah Quran

yang menyeru semua orang orang yang percaya bersatu, dan dilarang dari membeza bezakan

para rasul Allah. Jika objek bagi penyembahan adalah sama, tentu sekali kedapatan penyatuan

diantara orang orang yang percaya. Adalah fakta manusia yang merosakkan keimanan mereka

dengan mengabdikan diri diri mereka kepada manusia yang tidak mempunyai kuasa seperti

Isa, Muhammad dan para walli, lantas menyebabkan pembahagian kepada sekta sekta, lalu

dengan pembahagian ini timbullah rasa benci dan peperangan diantara orang orang percaya

yang tidak mendapat bimbingan. Orang orang percaya yang mendapatkan petunjuk hanya

menyembah Allah Sahaja, akan merasa gembira apabila melihat lainnya menyembah Allah

Sahaja, biar apa pun nama nama yang diberikan terhadap mereka.

 

62.    Sesungguhnya,orang orang yang percaya, sesiapa dari kalangan Yahudi, Nasrani dan Sabiin

       (mu’alaf), sesiapa yang,

1)       percaya kepada Allah,

2)       pada Hari Akhirat,

3)       mengerjakan kebaikan semasa hidupnya didunia ini akan menerima ganjaran dari TuhanNya.

       Mereka tidak perlulah merasa takut, ataupun merasa sedih.

 

 

Rasul Allah Yang Di-Janjikan

 

Sebagai penjelasan diAppendik 2, penerbitan bagi buku ini menandakan kedatangan

Era baru -  era dimana mesej mesej Allah, yang disampaikan oleh semua para nabiNya

telah disatukan menjad satu agama dari Allah, “Penyerahan diri kepada Allah Sahaja”

akan menguasai kesemua agama (9:33, 48:28, dan 61:9). Hari ini semua agama yang telah

dikorupkan: Judaism, Kristiniti, Hinduism, Buddhism, dan Islam, tentunya tidak akan

berkesan lagi dan “Islam – Penyerahan diri kepada Allah Sahaja” akan mengatasi

kesemuanya ini. Ini bukanlah hanya angan angan manusia ataupun cara penerimaan manusia;

Tetapi ini adalah undang undang Allah yang tidak boleh dicabul (3:19, 9:33, 41:53, 48:28,

61:9, 110:1).

 

 

Rashad Khalifa

Tucson

Ramadan 26, 1409*

 

*Draf yang terakhir ini telah dicetakkan dengan sempurna pada Malam Destini 1409.

Jika kita campurkan hari, bulan dan tahun dan tahun bagi haribulan ini, kita akan mendapat

1444, ataupun 19 x 19 x 4. [Ramadah 26, 1409: 9 + 26 + 1409 = 1444.]

                                   

 


 info@submission.org

 


Copyright © Submission.org